1. Jika nilai kecerunan, m, dan pintasan-y, c diberi, maka satu persamaan garis lurus
y = mx + c boleh dibentuk.
2. Jika suatu garis lurus diwakili oleh persamaan berbentuk y = mx + c, maka(a) m ialah kecerunan,(b) c ialah pintasan-y
Contoh 1:
Diberi persamaan bagi suatu garis lurus ialah y = 3 – 4x. Cari kecerunan dan pintasan-ybagi garis ini.
Penyelesaian:
y= 3 – 4x
y= – 4x + 3 ← (y = mx + c)
Oleh itu, kecerunan, m = – 4
pintasan-y, c = 3
No comments:
Post a Comment